Perak selepas dirampas semula oleh Umno-BN kononnya Kerajaan Negeri berjaya menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya buat rakyat. Namun, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meragui penjelasan MB Dr Zambry Abdul Kadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini ketika menjawab soalan berkaitan peluang pekerjaaan di Perak yang diusahakan oleh PUSAT Kerjaya Amanjaya (PEKA) di bawah kendalian Institut Darul Ridzuan (IDR) kerana bercanggah dengan kenyataan awal Ketua Pergerakan Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun pada awal Oktober yang lalu
Menurut Setiausah,Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Saleh fakta yang diberikan itu sangat bercanggah dan tidak memperlihatkan Umno-BN negeri mempunyai data yang spesifik. Atau terdapat kemungkinan mereka sengaja memperdaya rakyat dengan propaganda palsu.
“Datuk Seri Zambry ketika menjawab soalan lisan berkaitan usaha Kerajaan Perak bagi mendapatkan ruang pekerjaan kepada golongan belia di Perak hanya memaklumkan sekitar 2,000 orang sahaja telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui PEKA.
“Tetapi melihat kepada beberapa kenyataan daripada Khairul Azwan semasa penganjuran karnival kerjaya amat bercanggah dengan jumlah sebenar peluang pekerjaan yang telah ditawarkan.
“Beberapa jumlah telah dinyatakan oleh Khairul Azwan bermula dengan jumlah 5,000 ribu, 8,000 ribu hinggalah kepada jumlah 17,000 ribu peluang yang telah ditawarkan melalui program tersebut,” katanya.
Tambah Salman, Dewan Pemuda PAS amat sedih kerana seorang pimpinan utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Perak telah menyatakan perkara tidak benar di dalam perkara tersebut.
“Kenapa perlu berbohong kepada anak muda yang sedang mencari peluang pekerjaan yang selama ini membelenggu pemikiran mereka? Bagi kami, sudah tentu Pemuda Umno sedar bahawa kini hampir lebih 29 ribu orang menjadi penganggur di Perak iaitu bersamaan 3.2 peratus jumlah pengangguran di negara kita tahun ini. Persoalannya, siapa yang telah berbohong kepada anak muda di dalam program karnival baru-baru ini?
“Kami kesal dengan sikap tidak jujur Khairul Azwan di dalam memastikan anak muda yang ingin mencari peluang pekerjaan telah dipolitikkan demi kepentingan Umno / BN semata-mata.
“Kami ingin Khairul Azwan mengambil pertanggungjawaban dalam setiap kenyataan yang telah dikeluarkan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri Perak kerana mempermainkan perasaan dan harapan mereka.
“Kami yakin anak muda negeri Perak akan menolak Umno / BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!” tegasnya.