FB GANG UTARA FAN CLUB
Soalan : Kenapa Khazanah jual banyak aset negara.. dah takde duit ke?
Jawapan : Dulu pun jual jugak, sekarang jual lagi banyak sebab dapat mandat susun semula prioriti dalam Khazanah dan juga nak susun strategi Pelaburan.. (5 langkah dah umum tahun lepas lagi)
Soalan : Eleh, kau cakap je lah Khazanah jual sebab kerajaan takde duit dah nak bayar gaji staf Putrajaya. Hancing!!
Jawapan : Khazanah jual aset dia sbb bayar hutang Khazanah sendiri. Khazanah cuma bayar duit kat kerajaan melalui dividen tahunan saja. Duit lain tu guna utk labur semula.
Utk pengetahuan semua… Khazanah ada 2 jenis Dana iaitu Dana Komersial & Dana Strategik.
Kerja Khazanah memang beli dan jual aset utk ambil keuntungan. Masa tengah untung la aset yg bukan strategik dijual, duit keuntungan diguna utk labur ke tempat lain pulak.
Zaman Najib pun ada jual Aset. Dan kebanyakkannya Aset Strategik… Sampai RM45.3b dari 2009 hingga 2017. Kenapa pada masa tu puak² walauncai senyap ?
Kalau nak ikut, Proton, MAHB, Westport, lebih strategik dan penting berbanding Hospital Prince Court.
Khazanah ada formula sendiri tentang aset ni..
Khazanah bahagikan kepada dua bahagian, Comercial Fund dan Strategic Fund. Bawah kedua² ni, ada 4 jenis pembahagian aset. Iaitu:
Public Asset : Cimb, Axiata, Alibaba.com & IHH
Private Asset : SunLife, Gems Education, WeLab dll
Strategic Asset : MAB, TNB, Telekom, Malaysia Airlines, PLUS..
Development Asset : Silterra, Iskandar Investment, Medini dll.
Prince Court (IHH) bukan bawah Aset strategik.
Jadi selain kurangkan hutang Khazanah dengan jual aset, Khazanah juga dah lebih fokus dalam pelaburan baru.
Ianya semua dibuat untuk masa depan. Utk menampakkan hasil ianya akan mengambil masa, sekurang²nya 5 tahun.