Via WhatsApp
Rancangan sabotaj Mahathir sudah lama dikesan
BAIK BURUKNYA KERAJAAN PERPADUAN
Inilah ditaktor yg memenjarakan Anwar hingga Anwar teruk dipukul, dibogelkan dan berpisah bertahun lamanya dgn keluarganya. Anwar maafkan dia. Anwar bantu Tun setelah diaibkan Najib.
Anwar izinkan Tun bersama PH. Isteri Anwar tolak menjadi PM kerana berpegang pada janji, Anwar dan PH izinkan beliau jadi PM walaupun parti menang sedikit. PH benarkan partinya bertanding paling byk kerusi Parlimen….
Tun dulu sabotaj Tunku Abdul Rahman, dia buat Tun Hussein Onn keluar dari UMNO, dia buat Tun Musa Hitam letak jawatan, dia juga melemahkan kuasa Raja2 Melayu, dia buat Tan Sri Ani Arope meletak jawatan, dia membuatkan Pak Lah meletak jawatan, dia telah membuat Najib hilang jawatan PM… dan kononnya utk Melayu dia sendiri robohkan kerajaan UMNO.
Tun diaibkan apabila Najib menarik khidmat polis trafik, pembantu rumah, gugurkan jawatan MB Mukhriz, ucapan pentasnya dihentikan polis dan diaibkan di media saban minggu.
Dia keseorangan ketika itu. Lalu dia dgn muka tidak tahu malu bertemu dgn Anwar di mahkamah. Meminta izin dari Anwar utk bersama Pakatan Harapan.
Anwar terima kehadiran Tun. Anwar maafkan Tun walaupun anak2nya melarang. Bila menang dia lupa janji2. Dari dulu dia menipu. Ayatnya…” Sebenarnya saya sudah berjanji ..98. Kali ini juga dia berkata ” Sebenarnya saya sudah berjanji.’
Bagi saya dia adalah contoh insan yg akan dikenang dlm sejarah sebagai manusia yg tidak boleh dipercayai. UMNO bijak kerana mencurigai Tun.
Yg pelik mengapa di zaman serba moden dan bermaklumat masih ada yg percaya ia agenda Melayu. Mengapa kita tidak boleh bekerjasama dgn beberapa pemimpin Cina yg bersih daripada bekerja dgn pemimpin2 Melayu yg korup hingga trillion hutang negara ?
Jika sesebuah kerajaan tidak menganggu sistem perlembagaan negara… berilah siapa pun menjadi PM janganlah kita gusar. Malaysia wajibkan PM dan TPM mestilah Melayu apa lagi yg dibimbangkan.
Lihat bagaimana di Amerika apabila mereka melantik Presiden dari kaum bekas hamba abdi mereka walaupun negara Uncle Sam itu masih mempunyai sentimen perkauman. Ia kerana Perlembagaan Negara tersebut tidak diganggu sepertimana Tun musnahkan di era pemerintahannya dulu.
Benar ekonomi negara perlahan tapi lihatlah dan fikirlah siapa yg sabotaj ekonomi negara. Kerajaan yg ada ini dikhinati atau disengajakan lemah utk mudah menyakinkan rakyat mengapa perlu diubah.
Kita telah lama tahu penglibatan Tun. Tapi demi menjaga akhlak di mata rakyat agar jgn dituduh rakus, mengkhianati perjanjian ( Konsensus ), Presiden Parti dlm PH bersabar melihat game Tun. Malah strategi Tun telah dpt dihidu sebab itu dlm artikel yg lalu saya katakan… saya tetap tidak percaya dgn Tun.
P. Ramlee… ” Yang kau percaya orang tua ni kenapa. Kamu kan tahu dia ini penipu. Muka dia pun muka penipu.
PLAN A
1. Suruh Azmin lawan secara terang terangan. Salah laku Azmin disembunyikan. Kemudian suruh Bersatu keluar dari PH agar kerajaan PH hilang majoriti.
2. Dia berlakon kononnya tidak bersetuju tindakan Azmin dan Bersatu agar PKR, Amanah dan DAP percaya. So dia letak jawatan PM kononnya kecewa dgn Bersatu. Sebenarnya dia mahu gugurkan semua jawatan2 Menteri Kabinetnya yg 70% dikuasai PKR, Amanah dan Dap.
Bayangkan jika lebih 20 Menteri dihalau dari Kementerian masing2 tentulah akan membuat rakyat simpati dan pastinya Tun akan dilihat kejam. Lakonan Tun hebat seperti gayanya ketika berkempen bersama PH dulu sebelum PRU. Masih ingat video ‘ Atok tiada masa lagi…’
3. Tun berharap PKR, Amanah dan Dap tertipu dan akn mencalonkan beliau menjadi PM semula.
4. Tun mahu wujudkan kerajaan perpaduan agar dia tidak terikat dgn konsensus PH. So dia bebas melakukan sesuka hati dan tempoh jawatannya sebagai PM tidak perlu diungkit lagi.
PLAN B
1. Tun yakin dia akan dicalonkan semula sebagai PM. Tapi perangai khianatnya sudah dihidu Anwar, Mat Sabu dan LGE apabila dia tidak mahu mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.
2. Apabila dia mendapat tahu PH ( PKR, Amanah dan DAP ) kesemua solid mencalonkan Anwar, dia segera membuat Ucapan Khas secara live. Ia adalah signal darinya utk dirinya dipilih semula…
3. Jika berdasarkan undian Anwar menjadi PM lalu dgn kuasa PM Interim dia seperti cuba mempengaruhi dgn membiarkan Dewan Rakyat yg memilih siapa PM 8 Malaysia. Sedangkan dulu dia boleh menyerah jawatan PMnya kepada Pak Lah tanpa perlu ke Dewan Rakyat.
4. Memujuk GPS dan Warisan menyokongnya serta PAS yg dianggap mudah dibeli berbanding UMNO yg dpt merasai sukar utk bekerjasama dgn Mahathir yg dianggap manusia yg tidak boleh dipercayai. Apapun jgn terkejut jika UMNO menyertai semula bekerjasama dgn Tun dgn alasan DAP sudah tidak bersama dlm kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat kes2 mahkamah pemimpinnya. Mereka bukan fikir soal bangsa sebenarnya tetapi kes peribadi yg membolehkan mereka dipenjarakan di Sg Buluh.
a)Kerajaan Perpaduan baik dan buruknya…
Kerajaan perpaduan tidak bagus utk sesebuah negara. Ia akn membuatkan seorang PM menjadi Ditaktor. Negara yg tidak mempunyai pembangkang sebagai chk n balance sgt tidak baik apatah lagi senario politik di negara kita berbeza.
Benarkah demi Melayu dan agama?
Benarkah demi Melayu? Jika demi Melayu apa yg kerajaan skg buat hingga Melayu terhina. Adakah Islam terancam? Jika kita amati segala tindakan berunsur perkauman siapakah Menteri Dlm Negeri ketika itu? Seperti kita ketahui kerajaan PH sengaja dilemahkan dari dalam bukan sahaja dari ekonomi tapi dari isu2 berbau perkauman.
Jika utk Melayu mengapa Tun bersama PH mahu menjatuhkan UMNO dan PAS dahulu? Dia berbohong, dia bersama PH atas dendam kesumatnya kpd Najib Tun Razak. Itu saja.
Kenapa Tun bimbang bersama UMNO?
Pasti kerana anaknya. Apatah lagi mengenangkan nasib Mukhriz selepas ketiadaan beliau. Mukhriz dianggap tiada pengaruh, junior dlm arena politik. Jika dia tiada pastinya UMNO akan meratah Mukhriz dan terbuang begitu sahaja.
Benarkah pengaruh Tun PH berjaya memenangi PRU 14?
Tidak malah undian Melayu merosot sekitar 5 % dari PRU 13. Bukti seterusnya parti Bersatu yg paling banyak bertanding menang tidak sampai 15 kerusi. Melayu tidak sokong Tun.
Benarkah Tun dihalang menggunakan kuasanya sebagai PM?
Yg tidak tahu…Tun memilih Menteri Kabinet mengikut kemahuannya. Malah memilih Menteri Bersatu sama ramai dgn parti2 PH yg menang besar dlm PRU. Dia lantik Ketua SPRM, KP, Peguam Negara keputusan dirinya sendiri. Dia lantik MB dari kalangan partinya walaupun menang 1 kerusi. Malah dia diizinkan menentukan tarikh yg sesuai utk meletakkan jawatan. Apa lagi halangan dan kekangan dia sebagai PM?
Akhir kata adakah Malaysia akan ‘kiamat’ jika Tun sudah tiada? Apakah kita masih mahu bergantung kpd seorang lelaki tua berusia 95 tahun? Ia bukan soal menyelamatkan bangsa dan sebagainya ( kata2 utk tujuan politik )… ia adalah kebodohan kita yg mudah dimainkan dgn persepsi.
Adakah kita fikirkan sampai begitu bodoh, kononnya Anwar menjadi PM ingin memperkasakan bahasa Cina, nak serah kuasa pada Cina. Anwar lebih itu Melayu… sanggup kena penjara utk Melayu Baling. Perjuangannya utk Melayu dan Islam hingga lahirnya UIA dan Bank Islam. Lihatlah akhlak keluarga Anwar. Bukan sahaja sopan budi bahasa dan pemakaian tapi tidak ada yg bergelar jutawan…
norman radzuan