Selepas Kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan melalui satu usul undi tidak percaya dalam Sidang DUN Terengganu pada tahun 1961 dulu, MB Daud Samad minta Sultan Terengganu untuk bubarkan DUN.
Tuanku Sultan tidak berkenan dengan permintaan Daud. Sebaliknya Sultan berkenan melantik calon yang dicadangkan oleh Perikatan iaitu Ibrahim Fikri sebagai MB Terengganu yang baru.
Tindakan Tuanku tepat. Baginda hanya menjalankan tugas dengan bijaksana dan adil mengikut perlembagaan.
Pemimpin PAS guna isu kejatuhan kerajaan itu untuk meraih simpati dan burukkan UMNO berpuluh tahun setiap kali pilihanraya.
Mereka buat-buat lupa lupa yang berkenan lantik MB Ibrahim Fikri adalah Tuanku Sultan sendiri.
Hari ini PAS dan rakan pintu belakangnya cuba jadikan Tuanku sebagai perisai kerja tidak bermoral mereka.
Institusi Raja hanya bertindak dalam bidang kuasa yang ada. Tuanku tidak campur politik kepartian. Tuanku akan pilih calon mana yang Baginda yakini ada majoriti.
Adapun, pelantikan tersebut tidak menjadikan Langkah Sheraton ataupun komplot 1961 sebagai suatu yang bermoral.
1961 PAS jatuh kerana beberapa ADUNnya yang khianat. UMNO jadi dalang yang mengambil peluang.
2020 PH jatuh kerana beberapa MPnya yang khianat. UMNO dan PAS bersama Kartel jadi dalang yang mencaturkan sejak beberapa bulan.
‘Legally right’ tapi ‘morally wrong’.
Pintu belakang.