Sungguh, saya kasihan pada kawan-kawan dan sedara-mara yang terpengaruh dengan kempen #BMF ni suatu ketika dahulu..
Bila saya terangkan kempen ni hanya agenda halus pemimpin politik tertentu yang berselindung di sebalik jenama NGO Melayu, ramai yang kecam saya balik. Ramai yang tuduh penyokong PH ni memang sengaja nak jatuhkan bangsa sendiri dan memusuhi agama.
Bila saya kata ia hanya sebahagian kempen politik parti pembangkang ketika itu, depa tak percaya tetapi depa kata pulak bahawa kerajaan PH ketika itu bersekongkol dengan DAP, sebab tu kerajaan tak berani isytihar menyokong kempen #BMF!
Nah, hari ini bila pemimpin politik yang konon menyokong #BMF suatu ketika dahulu ditakdirkan menjadi kerajaan hari ini, ada depa sokong kempen #BMF ni secara rasmi sebagai sebuah kerajaan?
Bahkan depa sendiri tak peduli pun kedai-kedai milik orang Melayu hari ni untuk diborong barang-barang keperluan dari kedai milik orang Melayu Islam tu. Jelas, kempen #BMF tu hanya bertujuan untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja untuk dijadikan sebagai salah satu ‘peluru’ menyerang kerajaan PH dahulu!
Kempen BMF tu sendiri dah jadi sejarah kan?