Kredit: MSO
Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mahfuz Omar menyifatkan mereka berpaling tadah menyebabkan kerajaan PH tumbang adalah mereka yang tidak ada nilai dan tahu erti sebuah perjuangan tetapi lebih melihat kepada kebendaan.
Kalau mereka ada nilai perjuangan, kata ahli Parlimen Pokok Sena itu mereka tidak tergamak untuk mengkhianati mandat yang rakyat berikan dalam Piraum lalu.
Hal itu berlaku katanya kerana kebanyakan mereka yang berpaling tadah itu pertama kali menang dan tidak pernah mendapat terbiah mengenai mahalnya sebuah perjuangan.
Berbicara menerusi siaran langsung Fb Amanah Kedah bersama Dr Ismail Salleh sekejap tadi, beliau tidak hairan kalau selepas ini mereka yang khianat itu berpaling balik pula kepada PH untuk menubuh kerajaan.
Bagi Mahfuz sikap dan perbuatan mereka itu sesuatu yang menjijikan dan disifatkan sebagai tidak menghargai pengharapan rakyat.
Bagi mereka yang berbuat demikian, merujuk kepada apa berlaku di Kedah, kononnya terpaksa bersama kerajaan PN demi rakyat, ia adalah salah kerana rakyat tidak mementingkan kebendaan tetapi lebih mengutamakan kejujuran pemimpin.
“Bagi rakyat soal kebendaan mereka tidak utamakan, yang perlu kejujuran dan tanggunggjawab pemimpin,” ujarnya.
Beliau menyeru semua pemimpin PH pada semua peringkat supaya berlaku jujur kepada rakyat dan hendaklah menghargai perjuangan rakyat.
Dalam pada itu sekiranya usaha untuk mengembalikan kerajaan PH berjaya, beliau bersedia untuk tidak berada dalam kabinet, kerana baginya keutamaan rakyat perlu diletak di hadapan.
“Kalau saya tidak berada dalam kabinet tidak menjadi masalah, apa yang penting adalah rakyat.” ujarnya penuh jujur.