Sang Kelembai
Pengertian Gencatan Senjata dari UMNO mudah di faham.
- Sepanjang Parlimen minggu depan. Selaras dengan Titah nasihat Tuanku YD Agung jangan politiking. UMNO tidak akan membuat provokasi politik.
- Ahli Parlimen UMNO.. Datang Parlimen, duduk, tanya soalan.. cakap-cakap sikit. Ambil bahagian dalam perbahasan. Duduk di cafeteria, sembang sama sendiri. Kemudian balik rumah atau kawasan di hujung minggu.
- Tunggu hari mengundi RUU Bajet 2021. Semua MP UMNO akan sokong sahaja, sebab kabinet yang meluluskannya ada Menteri dari UMNO.
- Kemudian tunggu sidang Dewan Negara bersidang. lulus RUU Bajet 2020.. Maka kedua Dewan sudah bersidang. Tidak ada kacau bilau. Tidak ada undi tidak percaya di luluskan. Tunggu sidang bulan Mac.
Maka Gencatan Senjata pun berakhir.
Maka UMNO dikira sudah mematuhi titah Tuanku. Jika nak mula atau istihar perang semula.. terserah.
Maka tidak ada apa persepsi masa sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semoga harapan akan kesampaian.
(Visited 1,006 times, 1 visits today)