MSO
Menteri kirikanan Ismail Sabri Yaakob membayangkan penutupan ekonomni sepenuh tidak akan dilakukan pada bulan depan. Ini kerana kalau dilakukan ia menyebab risiko 2.8 juta orang kehilangan pekerjaan dan juga menyebabkan 2.5 penduduk B40 akan hilang pendapatan.
Beliau siap memberi statisik gara-gara menutup ekonomi ekoran pelaksanaan PKP menyebabkan golongan B40 kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 sebulan dengan purata RM2,400 sekeluarga.
Bagi mereka yang otak cair, tiada ilmu taksub dan dapat membaca kilau dalam kilat tidak pelik dengan bayangan Sabri itu, bak kata orang terkilas ikan diair sudah diketahui jantan betina.
Walaupun sama ada PKP akan diteruskan atau tidak selepas 4 Februari depan, tetapi orang sudah dapat menduga dengan pernyataan Ismail Sabri itu. Ia menunjukkan kerajaan sudah tidak berkeupayaan lagi untuk membendung Covid dan sanggup mentatasi maslaah rakyat yang hidup dalam kesusahan. Cuma malu untuk mengaku kalah dan berkata jujur sahaja.
Yang bingungnya kenapa anggaran kerugian dialami rakyat itu tidak difikir sebelum langkah mengenakan PKP dan darurat diambil? Kata darurat untuk cegah Covid, tetapi relatifnya jumlah kes Covid semakin bertambah. Inilah kedangkalan mereka yang menganggotai kerajaan hari ini. Dalam masa sama pula pegawai kerajaan yang seharusnya menjadi penasihat yang jujur ikut sama jadi Pandir.
Apolegetik kerajaan atas kesilapan dilakukan itu dengan melonggarkan PKP kepada PKPB ia tidak membuka hati rakyat, dan mereka tertekan kerananya tidak mudah untuk memaafkan kerajaan. Bagi mereka kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini tidak diperlukan lagi.
Bersilaplah dengan silat jenis apakah, kerajaan PN hari ini sudah gagal total. Yang mungkin bersetuju dengan kerajaan hanya mereka yang memerut kepada kata tamsilan Tok Dor Hadi sahaja.
Justeru sebaik-baiknya Ismail Sabri tidak payah terus menegapkan benang basah dan semolek-moleknya nasihatlah Muhyiddin letak jawatan beramai-ramai. Habis cerita. Trims.
MSO.