Oleh: Mohamad Saja
Pertama, saya tak setuju dengan beliau dalam banyak isu. Tapi saya bersetuju untuk bersolidariti demi masa depan anak-anak saya. Kerana beliau berani berkata benar.
Kerana negara saya dalam situasi California dan Italy. Jika pemimpin tidak dingatkan ia mungkin masuk ke fasa India.
Kedua, saya pun tak suka dan tidak bersetuju dengan cara beliau berbicara cara kasar dan tidak beradab dengan institusi di Raja. Tapi dari ilmu “Tajul Muluk” yang saya belajar. Riak muka beliau itu menunjukkan kekesalan melebihi tahap kesabaran beliau.
Sehingga beliau merasa beliau sudah tiada kisah dengan tekanan undang-undang dan pihak penguasa. Begitulah orang yang sedang marah, rumah pun dibakar. Mungkin beliau sudah kehilangan ahli atau kenalan kerana Covid.
Kehilangan ahli keluarga kerana Covid
Saya bersoladiriti dan menyokong beliau kerana saya sudah kehilangan sahabat dan ahli keluarga saya kerana Covid. Saya ada hak untuk bersoladiriti dengan beliau bukan pada aspek kasar beliau tapi pada sudut usaha beliau menyedar pihak tertentu.
Bahagian dapur rumah, api sedang marak membakar dan ia sedang masuk ke bilik tidur. Bomba sudah dipanggil tetapi malam kebakaran adalah malam Jumaat dan malam itu juga janda yang baru dikahwini sudah lama menunggu.
Dari sejak posting beliau timbul di laman maya. Di dalam posting telegram rasa tidak puashati dan menyokong tindakan Iswardy semakin meluas.
Malah dalam live posting beliau seperti ada pepatah, bara api dalam sekam boleh membakar sebuah kilang padi.
Tengok bongkah besar ais di bawah
Saya rasa jika pihak berkuasa tidak berhemat dalam mengawal kes Iswardy Morni Official. Bongkah besar di bawah bucu ais tiada siapa yang dapat menjangka.
Saya sudah kehilangan 4 orang yg saya kenali kerana Covid. Dan nyawa mereka boleh diselamatkan jika Parlimen dibenarkan bersidang.
Jika dibenar bersidang mungkin progrm vaksinasi akan dibarisi oleh satu jawatankuasa bebas. Dan program vaksinasi mungkin boleh dipercepatkan.
Ya kaedah beliau agak kasar. Tapi jika rakyat yang memberi pendapat dan peringatan menjadi satu kesalahan, khusus demi kebaikan kepada negara. Ia satu yang sangat bahaya kepada negara. Lihat dari sudut positif.
Ketika beliau live ada 6k sedang ikut ceramah beliau. Dan saya rasa ia boleh mencecah berjuta like apabila ia menjadi isu nasional terutama di Sabah dan Sarawak yang ketika ini sangat diketahui sentimen membenci pemimpin Semenanjung sangat mendalam dalam kes cara kerajaan PN mengurus vaksin Covid.
Kepada pemimpin terimalah kritikan rakyat sebagai satu yang membina. Tengoklah apa sudah jadi kepada negara.
Silap orang keliling pemimpin
Sejarah menunjukkan kejatuhan pemimpin selalunya bukan silap pemimpin. Tetapi kebanyakan adalah orang di keliling pemimpin.
Sejarah Najib kalah PRU14 disebabkan ramai pengampu mengatakan rating Najib tinggi. Padahal kita di bawah tahu Najib akan kalah.
Nak tunggu mati 2,000 sehari baru nak bagi tahu pemimpin realiti semasa. Sesungguh semua pemimpin, mereka pasti akan dipertanggungjawab di hadapan Allah apabila mereka mati.
Jadi kita rakyat sebenarnya adalah penyelamat pemimpin untuk kembali ke jalan yang benar.
Jangan mengampu sangat khusus demi menjaga periuk nasi. Kerana bala bila ia turun dia tak kenal mana satu pemimpin dan mana satu rakyat.
Tulisan di atas adalah nasihat saya sendiri kerana saya adalah pemimpin dalam kalangan isi rumah saya.