Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik (BN, PH, PN). Jawapan saya pun dari sudut pandang politik. Mungkin saya bias, tapi bias saya berpandukan fakta.
- Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016. Semua lantikan baru KKM berstatus kontrak. Istilahnya moratorium penjawat awam.
- Bila PH memerintah, Dr Dzul telah menampakkan usaha untuk serap seberapa banyak kakitangan kontrak ini kepada tetap.
- Apa yang Dr Dzul buat? Dia berjaya dapatkan tambahan 10,675 penjawatan untuk KKM supaya staf kontrak dapat jadi tetap.
- Untuk doktor yang masih belum dapat penjawatan tetap, dia naikkan pangkat dari UD41 kepada UD43 sebagai langkah sementara.
- Langkah seterusnya untuk dapatkan lebih banyak penjawatan dan mansuhkan moratorium terencat selepas Langkah Sheraton dan PN ambil alih.
- Bila kerajaan PN ambil alih, tidak ada langsung sentuh tentang isu doktor kontrak sehinggalah HARTAL dilancarkan. Barulah PM umumkan faedah-faedah baru. Itu pun hanya dalam PDF. Belum ada hitam putih.
- Kesimpulan saya, yang nampak paling agresif dan betul-betul nak tolong doktor kontrak ini adalah Dr Dzulkefly masa dia jadi Menteri Kesihatan.
- Screen shot artikel FMT tu, kalau baca penuh isinya, baru tahu apa usaha yang sedang dan akan dibuat oleh beliau. Jangan baca tajuk saja. Nah https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/08/dzulkefly-tiada-jaminan-pegawai-perubatan-siswazah-ditawar-lantikan-tetap/
- Isu elaun kritikal pulak, betul PH memang mansuhkan untuk lantikan bermula Januari 2020. Elaun kritikal ini adalah arahan Tun Dr Mahathir melalui JPA.
- Kalau kita ikut betul-betul isu ini dulu, memang ada beberapa Menteri PH sendiri masa itu yang menentang keputusan ini. Salah seorang adalah Dr Dzulkefly. Selain itu Syed Sadiq.
- Mungkin ada u-turn yang nak dilakukan, tapi tak sempat sebab kerajaan PH dah tumbang.
- Hakikatnya, mana-mana kerajaan pun tak sempurna sepenuhnya. Tapi kita boleh nilai yang mana satu yang betul-betul nak tolong rakyat, mana satu yang hanya nakkan kuasa tapi gagal perjuangkan isu rakyat.
(Visited 128 times, 1 visits today)