Tindakan Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengelirukan di Dewan Rakyat mengenai status pemansuhan Ordinan Darurat tidak wajar berlalu begitu sahaja tanpa dihukum.
Bagi Ketua Angkatan KEADILAN Selangor, Chua Wei Kiat, tindakan tidak bermoral seperti itu jika dibiarkan akan menjadi duluan kepada hal-hal penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong pada masa hadapan.
“Angkatan Muda KEADILAN Selangor berpendapat kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Mahiaddin Yasin telah gagal dan menipu rakyat serta derhaka kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong berkenaan Ordinan Darurat.
“Oleh itu, Angkatan Muda KEADILAN Selangor mendesak Tan Sri Mahiaddin bertanggungjawab dan meletakan jawatan serta merta.
“Jika perkara ini berterusan, kestabilan politik akan runtuh, sektor ekonomi akan hancur dan Pelan Pemulihan Negara juga pasti tidak akan berjaya,” katanya.
Justeru, kata Chua lagi, Angkatan Muda KEADILAN Selangor menyeru seluruh parti politik di Malaysia untuk berpaksikan Pelembagaan dalam setiap tindak tanduk mereka serta menghormati prinsip Raja Berperlembangaan.
Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan rasa dukacita terhadap Menteri Undang – Undang, Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atas tindakan Kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.
Bagaimanapun, kenyataan Istana Negara itu dibalas secara kurang adab kemudiannya, dan menteri PN menegaskan hal yang berlaku sebagai kekhilafan dan menekankan Agong mesti bersetuju dengan setiap nasihat Jemaah Menteri dalam apa jua perkara.