Gejala rasuah yang semakin berleluasa atau pun sistemik di Malaysia perlu dihadam oleh pengundi Johor untuk diterjemahkan ke dalam peti undi pada bulan Mac ini.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim gejala rasuah yang telah memiskin rakyat dan tidak terkecuali di Johor mesti ditentang habis habisan.
“Apakah isu utama yang yang perlu diberi perhatian oleh kita pengundi di Johor dalam Pilihanraya Negeri Kali (PRN) ini?
“Jawapannya ialah isu rasuah yang berleluasa
“KEADILAN adalah parti reformasi dan mempunyai sejarah telah berjuang selama ini untuk menghapus rasuah. Kita berbangga dengan sejarah yang mulia itu.
“Maka dalam PRN Johor kali ini, demi untuk selamatkan Johor dan Malaysia, kita para pengundi mesti tolak Umno BN yang menjadi punca utama rasuah bermaharajalela di tanahair kita kini,” katanya.
Sebelum ini, pemerhati politik mendakwa DUN Johor dibubarkan semata mata kerana puak kluster mahkamah dalam Umno yang mahu mendesak Pilihan Raya Umum awal bagi melepaskan kes mahkamah atas mereka.
Kemenangan BN dalam PRN Johor akan menjadi momentum untuk membubarkan Parlimen, tidak peduli sama ada kes Covid 19 melonjak tinggi atau tidak.