KEADILAN tidak mahu memperpanjangkan pertembungan parti itu dan Muda di DUN Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, R Yuneswaran, pertembungan yang dicetuskan Muda sebaliknya telah memberi imej negatif terhadap parti itu kerana teralalu mengutamakan politik.
Tegasnya, KEADILAN tetap berjiwa besar sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu yang memberi jawatan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir biar pun menang 50 kerusi Parlimen, hal yang sama berlaku apabila parti itu tidak ‘melanggar’ mana mana kerusi Muda
“Kita menang 50 kerusi (dalam PRU 14) dan Bersatu hanya 13 tetapi kita tunai janji. Kita berikan Tun Mahathir PM, biar pun KEADILAN parti terbesar.
“(Untuk PRN) kalau Muda nak tumpang, tumpanglah tetapi kongsi matlamat yang sama. Sehingga kini dalam PH kita kongsi matlamat umum dan dalam masa terdekat akan ada tawaran (manifesto) untuk pengundi Johor di mana KEADILAN, DAP dan Amanah tawar perkara yang sama. Bagaimana Muda, adakah mereka setuju perkara yang sama untuk kongsi hala tuju ini?
“Di sini kita lihat kematangan KEADILAN yang kita ada 26 Cabang. Ada Ketua Cabang, ada ranting, AMK dan ada kekuatan. Kalau kita buat seperti Muda letak calaon kita, maka tak ada beza dengan mereka.
“Oleh itu kita tidak letakkan calon. Matlamat kita untuk menang kerana rakyat telah letih (dalam politik),” katanya dalam forum maya anjuran Studio Keadilan bertajuk: “Larkin, Antara Keghairahan MUDA dan Kematangan KEADILAN”
Sebelum itu, Yunes tertanya tanya mengapakah rundingan kerusi kali ini tidak dibuat sebagaimana lazimnya melalui platform Majlis Presiden PH sehingga berlaku perjanjian berasingan antara Muda bersama Amanah dan DAP.
Katanya, jika rundingan dilakukan melalui Majlis Presiden pembahagian kerusi kepada Muda mungkin lebih teratur.
“Secara dasar PH ada 4 parti. Selayaknya mereka berhak berunding secara konsensus (dalam PH). Dengan Muda ada beberapa rundingan dari awal (bersama KEADILAN) tetapi akhirnya tidak mencapai keputusan sebab dari awal rundingan dibahagikan dalam 3 parti.
“Muda melakukan rundingan secara individu (bersama komponen PH). Strategi ini saya tidak tahu atas nasihat siapa, mereka runding secara direct ke parti parti. Seharusnya Majlis Presiden yang mengadakan rundingan dengan parti Muda,” katanya.
Mengenai isu pilihan raya yang perlu diutamakan oleh KEADILAN, menurut Yunes, hal kenaikan harga barang adaah isu utama dan memberi impak besar dalam PRN kali ini.
“Harapan kita suara rakyat negeri Johor didengari.
“Isu ekonomi sangat pengting, kita harus tangani. PRN Johor ini tidak wajar diadakan sekarang. Ada politik keterlaluan menjadi punca tak stabil.
“Kita parti politik dan aktivis sosial merasa masa telah tiba untuk mendegar apa yang rakyat mahu. Mereka mahu kerajaan stabil tolak pemimpin korup memegang jawatan. Rakyat mahu peluang pekerjaan, tangani Covid dan juga isu sosial lain,” katanya lagi.