Langkah kerajaan BN mengharamkan penggunaan skuter elektrik di bandar bandar utama terutama di Lembah Klang disifatkan sebagai langkah kolot.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengharamkan pengangkutan ringan peribadi itu dengan mengenakan saman ke atas penggunanya sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur dan Cyberjaya baru baru ini.
“Saya rasa Menteri Pengangkutan sangat silap dalam isu ini. Saya bagi perbandingan paling mudah, di kampung Kerinchi yang banyak menggunakan skuter ini anak anak PPR yang menghantar food panda. Bila kamu menghalang mereka menggunakan maksudnya kamu menutup periuk nasi merkea.
“Kamu benarkan Tengku banker dengan basikal berpuluh ribu atas jalan raya ke sana ke sini boleh sahaja. Jadi antara dua darjat. Yang miskin tak boleh, yang kaya ikut suka kamu
“Jadi saya rasa menteri pengangkutan sangat kolot dalam isu ini. Beliau juga tidak mendengar pandangan ahli parlimen yang menjaga kawasan di wilayah persekutuan. Kami langsung tidak ditanya pandangan atau diminta pendapat.
“Saya tidak pasti apakah rasional (tindkana haram) tetapi tindkaan ini seakan mementingkan pihak lain dan menghalang pihak tertentu memperolehi manfaat,” katanya kepada Suara Keadilan.
Bagaimanapun menurut calon Naib Presiden KEADILAN itu, beliau bersetuju sekiranya dilakukan penguatkuasaan atas faktor keselamatan, insuran dan sebagainya.
Namun kerajaan, katanya perlulah menyediakan laluan sesuai untuk kenderaan tersebut sebelum mengenakan beberapa peraturan untuk ia digunakan secara sah.
“Saya setuju kalau isunya keselamatan insuran peraturan lalu lintas. Sepatutnya bukan haram tetapi buat perancangan untuk pengakutan ini boleh di mafaatkan dalam 5 tahun.
“Tahun pertama buat begini rupa, tahun kedua prasarana, tahun ketiga perbaiki apa yang perlu. Ini terus mengharamkan. Bagi saya ini fikiran kuno, kolot, dan langsung tidak memberi manfaat termasuklah penyuraian trafik.
“Menteri Pengangkutan tidak melihat masalah rakyat yang datang ke KL menaiki pengangkutan awam. Contoh dari Klang ke KLCC naik komuter apa masalah di hadapi?
“Di Lembah Pantai pula ramai boleh gunakan alat seperti ini untuk pergi dari LRT pergi ke bangunan di Bangsar South misalnya. Itu mengurangkan jumlah karbon yang terhasil dari menaiki kenderaan fosil fuel dan sebenarnya membantu menjaga alam sekitar,” kata Fahmi lagi.