Sejarah baru dilakarkan di bandar Jerantut, Pahang sebagai tanah pejuang dan penetus semangat merdeka dari penjajahan barat oleh Al Marhum Mat Kilau, pahlawan Islam dan Melayu yang alim lagi berani.
2 kali ceramah besar berjaya dilaksanakan oleh 3 parti utama dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan Jerantut. Ianya dibuat dalam bandar Jerantut yang menempatkan segala pejabat utama kerajaan dan perniagaan di daerah Jerantut.
Pertama pencerahan isu rakyat telah dimuqadimahkan oleh Sdr Dato Tamrin Ghafar Baba dan kedua pula oleh Naib Presiden PAS YB Sallahudin Ayub. Yang disertai bersama YB Leong Ngah Ngah dari DUN Triang juga pengerusi DAP negeri Pahang, Cikgu Koh ketua DAP Jerantut, Sdr Rosli ketua KeADILan Jerantut dan penggerak utama bersama jenteranya adalah Yang DiPertua PAS Jerantut yang juga Timbalan PJ Pahang ustaz Dr Hamzah Jaaffar.
Sambutan yang diberikan oleh rakyat dari pelbagai kaum samada Melayu, Cina dan juga India sangat mengharukan pimpinan PAkatan Rakyat Jerantut.
Sokongan utama oleh kaum Cina Jerantut pimpinan Cikgu Koh amat popular dan ianya membawa gambaran Cikgu Koh bakal membawa lebih 3000 undi yang diperolehinya pada 2008 sebagai calon bebas kepada Pakatan rakyat yang langsung akan memberikan kemenangan pertama Parlimen jerantut dan juga Dewan Undangan negeri Damak.
Dengan persepakatan yang utuh antara PAS DAP dan juga KeADILan dan tidak lupa usaha keras oleh DHPP Jerantut dari kaum Cina dan India bakal mengegarkan senario politik di pendalaman Pahang itu.
PAS pula nekad untuk menang di Dun Tahan dan juga Dun Pulau Tawar yang mana kedua-dua Dun tersebut pernah dimenangi oleh pembangkang iaitu PAS di Tahan dan juga S46 di Pulau Tawar pada 1999 dan 1990.