Laungan ‘Ya untuk Pakatan Rakyat!’ bergema dari lebih 10,000 hadirin di padang AU2, Keramat, Gombak malam tadi sebagai tekad untuk menolak Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13.
“Are you ready for BN? (Adakah kamu sedia untuk BN) No! (Tidak),” kata hadirin menjawab soalan Azmin.
“Are you for Pakatan Rakyat? (Adakah kamu sedia untuk Pakatan Rakyat) “Yes! (Ya),” laung leih 10,000 hadirin disambut tepukan gemuruh hadirin dan kibaran bendera KEADILAN.
Kata Azmin, semangat yang ditunjukkan oleh penduduk Gombak dan seluruh Selangor pada malam ini perlu dilanjutkan sehingga ke hari pengundian pada 5 Mei 2013.
“Sampai masanya rakyat Malaysia mesti bangun menolak BN. 5 Mei adalah waktunya antara rakyat dengan pemerintah rakus dan zalim, antara mempertahankan hak atau melindungi kepentingan BN.
“Apa pun keputusannya lepas pilihan raya umum ke-13, yang menang adalah rakyat. Bukan pemerintah yang rakus dan zalim.
Kata Azmin, rakyat telah cerdik dan tidak lagi boleh diperbodohkan walaupun dengan segala kekuatan kewangan berjumlah puluhan juta, media arus perdana termasuk TV3 dan Utusan Malaysia.
“Yang tentukan keputusan bukan Utusan Malaysia atau TV3. Yang tentukan adalah keberanian dan komitmen kita untuk mengancurkan Umno-BN,” katanya dalam ceramah sempena pengisytiharan calon-calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen KEADILAN Selangor.