KUALA LUMPUR: Seramai 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) termasuk 12 wakil daripada BN hari ini secara rasminya mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) sesi ke-13, Jumaat depan.
Selangorku melaporkan, kesemua 56 Adun itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor di hadapan Speaker DNS yang baru dilantik, Hannah Yeoh.
Majlis itu bermula dengan upacara mengangkat sumpah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diikuti tiga Exco iaitu Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Samad dan Rodziah Ismail.
Ia kemudiannya disusuli dengan tujuh Exco Selangor yang lain dan diikuti oleh anggota dewan Pakatan Rakyat (PR) serta BN.
Majlis dimulakan dengan cadangan Menteri Be
sar mengemukakan nama Hannah Yeoh sebagai Speaker DNS yang baru dan diikuti Teng yang mencadangkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, PR memperoleh majoriti lebih dua pertiga apabila menguasai 44 daripada 56 kerusi Dun.