Jika 90 % pengundi keluar pada hari ini maka harapan PAS untuk mengekalkan kerusi Almarhum Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan berkubur.
Namun jika peratus mengundi masih dibawah 70 % insyaAllah kemenangan milik PAS lagi.
Dengan penggandaan jumlah taburan janji dan projek seperti di PRK Kuala Besut baru2 ini maka sebahagian pengundi Sungai Limau akan lena juga.
Selama 5 penggal (1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 ) PAS melalui Azizan seorang bekas pensyarah kanan sebuah universiti dan bekas Pengarah Urusan Harakah yang sangat popular, menguasai DUn Sala selepas itu ditukar nama kepada Sungai limau.
Harapan PAS di Kedah amat tinggi sebagaimana harapan untuk menyamakan PAS dan BN di Terengganu 16-16 maka ujian kempimpinan Mahfuz juga menjadi penilain untuk beliau kekal dalam AJK PAS Pusat dengan keputusan PRK Sg limau malam ini.