Lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon DAP, Ram Karpal yang diarak dengan paluan kompang dan juga gendang pelbagai etnik pada pagi pencalonan pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor.
Beliau diiringi Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr.Wan Azizah sampai ke Dataran Pidato, Padang Kota Lama seawal jam 8 pagi sebelum bergerak bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat lain ke dewan penamaan di Dewan Sri Pinang.
BG3Hadir sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut hadir dalam perarakan mengiringi calon tersebut ialah ahli palimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan ketua Amgkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Mat Akin.
BG5Pelbagai poster dan laungan semangat turut kedengaran sebaik saja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba bersama-sama pimpinan Pakjatan Rakyat yang turut sama bergerak menuju ke tempat penamaan calon di Dewan Sri Pinang.
Pidato ringkas dan teriakan semangat juga jelas kedengaran mengiringi calon sehingga ke pusat penamaan calon.
Manakala calon Bebas yang turut berarak dari laluan bertentangan hanya diiringi oleh beberapa penyokong termasuk poster yang dibawa oleh sebahagian anak-anak muda.
Ram Karpal Singh dari DAP disahkan akan ditentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parrti Cinta Malaysia (PCM) Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan bagi merebut kerusi parlimen tersebut 25 Mei ini.
BG2Menurut Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya ketiga-tiga calon Bebas tersebut menggunakan simbol yang berlainan.
PRK kali ini diadakan setelah penyandangnya Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April yang lalu.