Banyak pihak mula sangsi terhadap ketelusan MB khalid Ibrahim memimpin Selangor. Setelah kong kali kong dalam isu langat 2 yang menaikkan kemarahan pemimpin Pakatan Rakyat kerana bertindak sendirian menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan, kini Khalid dilihat anti polisi Pakatan apabila berdegil mebenarkan projek lebuh raya kidex yang mendapat tentangan penduduk Petaling Jaya dan golongan Cina bandar.
Ada pula teori mendakwa Khalid terbeban dengan saman dari Bank Islam berjumlah RM70 juta. Tetapi agak pelik, tiba-tiba dia mendapat “penyelesaian” yang membenarkan beliau membayar hutang dgn kadar yang jauh lebih kecil dari RM70 juta.
The Edge melaporkan antara yang bertanggungjawab membuat penyelesaian ini adalah peguam-peguam UMNO. Bank Islam juga berada di bawah pengusaan penuh UMNO dan Presiden UMNO.
Bukan itu sahaja penyelesaian ini di lakukan dengan bantuan Daim Zainuddin. Beliau didakwa telah menghantar orangnya untuk bertemu Khalid bagi penyelesaian hutang Bank Islam.
Jadi teori itu mendakwa tak hairanlah Khalid Ibrahim telah:
1) Menyerahkan urusan air di Selangor kepada UMNO dan membenarkan pembinaan Langat 2.
2) Membiarkan pegawai2 kerajaan mensabotaj Pakatan Rakyat dgn membiarkan pusat2 urut, judi dan arak haram seluruh Selangor dan telah dijadikan isu besar oleh UMNO menyebabkan PR kalah dgn undi Melayu.
3) Membiarkan pegawai2 kerajaan JPA menaikkan kadar sewa dan lesen yang bakal menyebabkan peniaga2 pasar malam serta pemilik2 kedai membenci PR.
4) Membiarkan kontraktor2 UMNO terus menerus bermaharajalela membolot 90% kontrak2 di peringkat Kerajaan tempatan.
5) Mudah sahaja membenarkan projek MRT dan LRT dilaksanakan di Selangor. Padahal, pada masa itulah patutnya ditukar ganti dgn mengambil alih semula air tapi mudah sahaja diserahkan oleh Khalid kepada UMNO.
6) Khalid Ibrahim secara pribadi MENOLAK untuk membantu NGO2 seperti BERSIH dan banyak lagi kerana NGO2 itu mampu melemahkan NGO2 yang ditaja UMNO sebelum 2013 yang lepas.
7) Dia tidak mahu membelanjakan wang membangunkan kawasan2 desa dan kampung di Selangor kerana itulah kubu2 kuat UMNO walaupun telah disuruh oleh Anwar berkali2. Hasilnya UMNO masih mampu menang kerusi2 di kawasan mereka.