KENYATAAN MEDIA: PM Najib tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ adalah miliknya dan wang RM2.6 bilion dimasukan ke akaun tersebut seperti yang dilaporkan WSJ.
1.Seseorang yang dituduh melakukan perbuatan yang salah sedangkan ia tidak melakukannya, itu bermakna tuduhan tersebut dianggap sebagai fitnah. Sewajarnya seseorang yang difitnah tampil melakukan pembelaan awal pada dirinya dengan menafikan tuduhan tersebut.
2.Tersangat pelik apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. PM dituduh oleh Wall Street Journal (WSJ) telah menerima sejumlah wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun milik peribadinya di AmBank dari 3 syarikat yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan 1MDB menjelang pilihan raya umum yang ke 13.
3.PM Najib tidak menafikan tuduhan tersebut dari segi fakta dan angka yang telah dilaporkan WSJ. PM hanya menyatakan bahawa beliau tidak akan samun wang rakyat. Katanya lagi kalau betul beliau nak songlap duit negara tak kan saya hendak masukkan duit tersebut ke akaun dalam negara.
4.Persoalannya beliau hingga kini tidak menafikan akaun yang didedahkan oleh WSJ dengan tertera nombor akaunnya di dalam AmBank adalah akaun peribadi miliknya. PM Najib juga tidak menafikan wang sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukan kedalam akaun yang didakwa milik peribadi beliau di AmBank. Beliau tidak menafikan 3 syarikat yang disebut oleh laporan WSJ yang memasuk wang yang keseluruhan jumlahnya RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi miliknya.
5.PM Najib hanya menyatakan yang membawa maksud itu bukan wang negara. Jadi kalau bukan duit negara duit siapa? Kenapa Najib tak nafi fakta dan angka dalam laporan WSJ. Kenapa mengalih isu ini dengan soal tak logik beliau nak buat perkara seperti ini. Kes NFC adalah bukti perkara yang tak logik tapi berlaku. Wang sejumlah RM250 juta yang sepatutnya untuk ternakan lembu akhir berpindah kepada pembelian kondo dan sebagainya.laporan ketua audit negara mendedahkan perkara yang tak logik tetapi berlaku, seperti skru yang murah diperolehi dengan harga yang tinggi.
6.Kes laporan WSJ ke atas Datuk Seri Najib dikatakan setengah pihak tak lojik tetapi kenapa PM Najib tidak menafikan. Ini bermakna fakta dan angka yg dilaporkan WSJ betul. Cuma duitnya bukan duit negara. Kerana kalau nak ambil duit negara kata Najib mesti dimasukkan ke akaun peribadinya luar negara. Rakyat bertanya duit tersebut dari sumber mana?
Dato’ Mahfuz Omar merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.