Pas Terengganu bakal kembali semula pada tahun 1978 di mana ketika itu Pas kalah semua kerusi yang ditandinginya kepada Umno.
Ini bakal berlaku bilamana munculnya parti baru Amanah yang membawa aspirasi asal Pas di Terengganu yang kini mendapat sambutan hangat.
Tidak mustahil Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini, Pas Terengganu turut menerima tempias kerana kecenderungan Pas Terengganu berlembut dengan Umno dan rela tinggalkan Pakatan Rakyat serta sekaligus memutuskan hubungan dengan rakan bukan Islam dalam PR.
Kubu kuat tak selamat
Kerusi tradisi Pas iaitu Manir, Rhu Rendang, Batu Buruk dan Wakaf Mempelam tidak mustahil terlepas kepada Amanah.
Ini kerana Manir pernah kalah pada tahun 1986 dan menang tipis pada tahun 2004. Rhu Rendang hampir terlepas pada 2004 dan Batu Buruk kalah pada 1986 .
Wakaf Mempelam turut mengalami penurunan majoriti pada tahun 2004. Sementara Parlimen Marang terlepas daripada gengaman Pas pada 2004 kerana rakyat tidak lagi yakin kepada Pas
Banyak Dun harapan tipis
Dun Cukai mudah dirampas Umno dan Dun Paka juga akan mengalami hal yang sama.
Maknanya dengan munculnya Amanah ianya jadi saingan kepada Pas di Terengganu dan semua kerusi tersebut bukan dirampas oleh Umno tetapi kemungkinan Amanah.
Kenyataan pemimpin Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden Pas dan kini sebagai penasihat Badan Perhubungan Pas Terengganu sangat tidak disenangi oleh pengundi
Umno sesat tapi Pas berkawan?
Pas nampaknya tak dapat mengikuti perkembangan semasa politik dengan baik dan akhirnya mengekori Umno yang dilabelkan sesat mengamal ‘agama suku, politik suku’ sejak dahulu.
Cara Presiden sentiasa isytihar slogan baru dan hala tuju parti sering berubah dan dilihat condong kepada Umno. Manakala dalam setiap isu rakyat Pas dilihat bertentangan dengan pembangkang yang selama ini saling menyokong
Dua himpunan penting yang dihadiri Presiden, iaitu persefahaman dengan NGO ahli Umno, Perkasa dan Multaqa Alumni Al Azhar telah merobek kepercayaan ahli akar umbi Pas terhadap Presiden.