Penasihat Anamah Kelantan Datuk Husam menggesa orang Melayu Kelantan sebanyak mungkin menghadiri tunjuk perasaan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini bagi menuntut pilihan raya yang telus dan adil.
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah melakukan perubahan terutama pada pucuk pimpinan negara.
“Kita tak boleh berhenti untuk melakukan perubahan terhadap Malaysia kerana PAS. Ada PAS atau tidak (dalam himpunan BERSIH 5), orang Melayu patut turun.
“Malaysia sangat-sangat memerlukan perubahan. Kalau PAS sertai, Alhamdulillah, kalau PAS tak sertai pula orang Melayu kena juga datang untuk menyokong,” katanya.
Perhimpunan BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan dengan bertemakan “Satu Tenaga, Malaysia Baru!”.
Himpunan itu antara lainnya meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian bagi melawan “rasuah besar” dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia.
Selain di Kota Bharu, turut diadakan pelancaran konvoi sama ialah di Lumut Perak yang dihadiri aktivisi Hishamuddin Rais, Kangar Perlis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Datuk S Ambiga yang berada di Johor Baru, Johor.