Satu laporan polis telah dibuat pada 11.30 pagi ini di Balai Polis Temerloh. Laporan itu mengenai dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh Faizoull Ahmad yang disebut-sebut akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Besar Felda.
Antara dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh Faizoull ialah pada 20 Julai 2012 Faizoull didakwa telah menyalahguna kuasa, menggunakan kedudukan beliau mengarahkan pegawai-pegawai jabatan tadbiran ibu pejabat felda supaya menyediakan kertas cadangan Permohonan kelulusan arahan perubahan kerjabagi kerja hiasan dalaman fasa 2 menara felda agar dipercepat dari jadual asal lima bulan kepada 3 minggu. Ini menyebabkan penambahan kos sebanyak RM 15 juta (50 peratus) daripada harga asal kontrak , RM29 juta kepada RM44 juta. Perkara itu bertentangan dengan arahan Perbendaharaan Perkara 202.
Didakwa meluluskan beberapa bayaran kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) tanpa memastikan program dilaksanakan atau tidak.
Antaranya bayaran kepada MBFM sebanyak RM17,000 untuk program motor cross pada Julai 2012 di Felda Cini Timur 2 yang tidak dijalankan. Didakwa memperdaya ahli lembaga pengarah Felda membelanjakan RM2 juta untuk sebuah seminar 2 hari yang hanya dihadiri seramai 152 orang peserta felda dan 200 orang peserta kumpulan FGVH.
Didakwa meluluskan bayaran sumbangan kepada pihak luar dan badan politik untuk menganjurkan aktiviti tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Felda sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa berbuat demikian.