Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.
Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.
“Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.
Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.
(Visited 83 times, 1 visits today)