Kalau selepas PRU 12 bulan Mac 2008 maka sekelip mata sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang dari Koh Tsu Kon beralih kepada Lim Guang Eng, Menteri Besar Perak dari Tajol berpindah kepada Nizar Jamaludin (walaupun melalui pelbagai ujian), Selangor mendapat Menteri Besar baru asal orang korporat iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim menggantikan anak Pak Toyo yakni Dr (gigi) Mohd Khir.
Begitu juga di Kedah Mahadzir terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Pesuruhjaya PAS yang berjaya mendapat majoriti di DUN Kedah dan Azizan Razak dilantik menjadi MB yang baru.
Segala-galanya tidak mustahil sepertimana kata Presiden PAS yang menaruh keyakinan Insya Allah akan berlaku kejutan dan perubahan dalam PRN Sarawak kali ini dan ianya tidak mustahil jika perkara itu berlaku di bumi kenyalang selepas hari Sabtu 16 April nanti.