Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar telah mengadakan lawatan ke Kilang Syarikat Ayam Dinding bagi melihat lebih dekat proses pengurusan yang membabitkan ayam di sini.
Pengerusi Lajnah, Awis Kharni Husian dan rombongan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut telah hadir sendiri meninjau lebih dekat kaedah memproses ayam di kilang yang terletak di Kampung Acheh, Sitiawan tersebut.
Beberapa taklimat telah diberikan di dalam pertemuan hampir sejam tersebut dan diberikan kebenaran melawat sendiri cara memproses ayam di kilang besar di kawasan perindustrian tersebut.
(Visited 553 times, 1 visits today)