PAS Terengganu kini memegang kemenangan di 8 Dun dan perlu menambah 9 Dun lagi untuk memerintah semula Terengganu sekaligus menumbang BN di sana.
PAS mesti menang sebanyak 9 kerusi lagi dan mempertahankan kerusi sediada jika mahu menjadi pemerintah semula maka Dun-Dun yang disasarkan ialah Dun Pengkalan Berangan, Bandar, Telok Pasu, Alor Limbat,Tepoh, Kuala Berang, Rantau Abang, Batu Rakit dan juga Seberang Takir atau Jerteh,
Mankala sumbangan Dun dari Parlimen Kemaman, Besut dan juga Setiu menambahkan lagi jumlah majoriti kemenangan PAS nanti.
Tetapi perkembangan mutakhir sekarang ialah harapan bagi kemenanga di beberapa Dun berpotensi agak terhalang dengan keghairahan bekas-bekas calon lama terutama semasa pru 2004 beria-ia mahu mempertahankan nama mereka sebagai calon.
Lebih parah lagi kehendak bekas2 calon ini didokong dan disokong oleh beberapa AJk Dun yang berpengaruh dengan kedudukkan kewangan mereka yang stabil. Ini melambatkan proses perubahan calon di Dun-Dun berkenaan.
Sebagai contoh DUn Batu Rakit yang mahu meletakkan calon baru yang juga popular dan diyakini dapat mengembalikan semula kemenangan 1999 begitu juga Dun Rantau Abang yang sememangnya mempunyai seorang calon yang berpotensi menang tetapi perebutan senyap dan terancang oleh aktivis PAS setempat boleh mencacatkan impian PAS Terengganu memperolehi peluang untuk memerintah Terengganu.
Sebenarnya juga pergolakkan dalaman PAS Terengganu amat sukar diketahui oleh pihak luar sejak dahulu lagi dan menurut sumber dalaman ini juga inilah yang merunsingkan pimpinan PAS bagi mengambil jalan tengah untuk menyatukan jentera lama dan baru.
Dengan peneraju baru Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Hj Mohd Wahid Hj Endut diharapkan pimpinannya segera dapat mengatasi apa sahaja halangan untuk mencapai hasrat membela rakyat dengan menggerakkan Negara Berkebajikan sebagai moto PAS kali ini.