Kontrak E-Learning Kementerian Pelajaran yang dianugerah secara runding terus kepada YTL akan dibatalkan sebaik Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Menang kita ke Putrajaya kalau pilihan raya diadakan ada Mac ini, kita batalkan sistem e-learning bernilai RM6 hingga 10 bilion yang diserah kepada YTL.
“Kita serah balik kepada yang berkeupayaan sebab ini keterlaluan,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 5,000 hadirin di ceramah Merdeka Rakyat dekat Seksyen 17, Shah Alam, malam tadi
“Guru-guru, pendidik dan pensyarah dengar betul-betul. Baru-baru ini Najib luluskan RM6 hingga 10 bilion kepada YTL sistem e-learning dan IT untuk sekolah.
“Pasal apa bagi dekat YTL Apa rekod YTL dalam (sektor) pendidikan? Kemudian beri pada syarikat England. Ada anak Melayu, syarikat India atau orang Cina dapat? Tak ada. Lagi kuat kita bising, dia lulus macam itu juga,” dakwa Anwar.
E-Learning adalah program kurikulum IT dengan nama 1BestariNet untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang meruapkan salah satu dari komponen NKRA.
Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah di seluruh Malaysia bermula pada 13 Disember 2011 hingga 12 Julai 2014 adalah rangkaian akses internet ‘end to end’ bagi tujuan pengajaran dan pentadbiran.
Projek tersebut adalah perkhidmatan akses interner jalur lebar dan menjadikan Virtual Learning Evironment (VLE) sebagai platform yang mengintergasikan semua sistem dan aplikasi yang digunakan di Kementerian Pelajaran.
Dakwa Anwar, tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia yang mengamalkan sistem kontrak kerajaan yang dianugerahkan regim syarikat yang sama.
“Kroni Umno-BN ini dia tak kira. Melayu, Cina atau India. (Maka) yang kita kena timbang ialah masa depan kita. Kita mesti guna fakta untuk menilai