Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bersedia untuk menjalankan bedah siasat kedua keatas tubuh mendiang Sugumar, menurut peguam keluarga, N Surendran.
“Dr Pornthip mesti diberi akses penuh kemudahan menjalankan bedah siasat kedua di hospital kerajaan dan dibenarkan untuk menjalankan sendiri bedah siasat.
“Namun kami tidak membantah kehadiran pakar patologi kerajaan untuk melihat prosedur,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.
Justeru, Surendran mendesak Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mengeluarkan kebenaran bagi Dr Pornthip menjalankan bedah siasat kedua keatas mayat Sugumar.
“Penemuan bedah siasat Hospital Serdang bahawa Sugumar meninggal dunia akibat serangan jantung, disanggah saksi yang melihat Sugumar dikejar, digari, dilumur dengan kunyit dan dipukul hingga mati oleh polis.
“Keluarga mangsa berhak menjalankan bebdah sisat kedua bagi menentukan punca sebenar kematian Sugumar
Dr Pornthip Rojanasunan adalah pakar patologi forensik berpengalaman yang merupakan Pengarah Institut Sains Forensik Pusat di Kementerian Keadilan Bangkok, Thailand.
“Kami mendesak Najib Razak dan pihak berkuasa lain memberis reaksi segera terhadap permohonan ini, kerana keluarga sehingga hari ini tidak dapat menjalankan upacara penghormatan terakhir sehinggalah bedah siasat kedua dibuat,” kata Surendran.