Pemimpin pelajar Adam Adli bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok berucap untuk meneruskan perjuangan
Katanya, mereka datang untuk berhimpun sehingga pengerusi SPR meletak jawatan.
“kita datang bukan untuk pulang tapi untuk menang. Kita kalah PRU bukan sebab tak layak menang sebab PRU ditipu
“Kalau kerajaan tak ambil tindakan kita tetap teruskan bantahan untuk 100 PRU lagi. Kita pertahankan Padang Merbok
“Kita dalam keadaan yang tidak boleh hidup selesa. Ini perjuangan bersama. Tidak mampu diteruskan 10 orang atau 30 orang. tetapi kita berjuang bersama,” katanya.
Walaupun disaman oleh penguatkuasa DBKL, peserta khemah #622 bertekad untuk bertahan sehingga Isnin di mana parlimen akan mula bersidang
Tunjuk perasaan 624, esok
Peserta Padang Merbok akan menyertai tunjuk perajaan 15 NGO di jalan masuk ke bangunan parlimen pada bagi esok.
Tunjuk perasaan itu adalah acara sambungan #622. Ia memperjuangkan isu penubuhan IPCMC dan perjuangan anti perkauman. Selain isu penipuan pilihan raya yang tidak berakhir.