Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua iaitu dari bulan April ke Jun tahun ini menunjukkan kemerosotan ketara. Untuk suku pertama iaitu dari bulan Januari ke Mac, kadar pertumbuhan ialah 5.6% malangnya suku kedua hanya 3.8 peratus.
Untuk suku ketiga, iaitu dari bulan Julai ke September, dijangkakan kadar pertumbuhan akan jatuh ke paras 3.5 peratus kerana ramai pelabur asing akan meninggalkan negara ini. Isu utama adalah kerana lambat mendapat rebat Cukai Barangan Dan Perkhidmatan dari kerajaan pusat.
Kerajaan telah memberitahu bahawa rebat ini akan dikembalikan dalam masa 14 hari tetapi sehingga kini ada yang belum lagi mendapat rebat tersebut sejak perlaksanaan GST pada 1 April lalu.
Untuk suku keempat pula iaitu dari bulan Oktober hingga Disember, dijangka kadar pertumbuhan ekonomi akan jatuh ke paras bawah 3% selepas kadar faedah bayaran balik pinjaman perumahan dinaikkan pada bulan September dan perjanjian TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) ditandatangani pada bulan November nanti.
Kenaikan kadar faedah bayaran balik pinjaman perumahan akan membebankan rakyat dan selepas TPPA ditandatangani, harga ubat akan naik dengan paras yang mendadak kerana harga tersebut ditentukan oleh pengeluar dan pemegang paten di Amerika Syarikat.
Analisis ekonomi terburuk berkemungkinan ramai rakyat biasa akan diisytiharkan muflis tidak lama lagi.