Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bakal mencabar arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pengharaman baju-T Bersih 4 di mahkamah.
Timbalan presiden PKR itu berkata, keputusan itu kerana merasakan tindakan KDN itu sesuatu yang jelik.
“Saya sudah beri keterangan kepada pihak polis dan peguam saya kemungkinan akan cabar KDN kerana tidak benarkan pakaian warna kuning dgn perkataan Bersih 4.
“Ini satu perkara yang amat jelik dan kita akan mencabar mahkamah proses itu akan dimulakan,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Azmin hari ini disiasat berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih 4.
Beliau hadir di balai polis tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi ditemani peguamnya, N. Surendran, Latheefa Koya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Yusmadi Yusoff.
Menurut Surendran, Azmin disiasat polis kerana 4 perkara, iaitu Bersih 4 dan penggunaan perkataan “barua” di Permatang Pauh membabitkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Penyiasatan pertama ada 3 seksyen iaitu di bawah 42F Akta Perhimpunan Aman , Seksyen 8.1 tentang penggunaan T-shirt Bersih dan satu lagi 41C di bawah Akta Perhimpunan Aman,” kata Surendran.
Azmin hari ini disiasat berhubung pembabitannya dalam perhimpunan Bersih 4.
Beliau tiba di balai polis kir -kira jam 10 pagi tadi ditemani peguamnya, N Surendran, Latheefa Koya, Datuk S Ambiga dan Yusmadi Yusof.
Surendran berkata, Azmin disiasat kerana 4 perkara iaitu mengenai Bersih 4 dan penggunaan perkataan di Permatang Pauh mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Penyiasatan pertama ada 3 seksyen iaitu di bawah 42F Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 8.1 tentang penggunaan T shirt Bersih dan satu lagi 41C Akta Perhimpunan Aman,” katanya.
Mengulas mengenai siasatan polis itu, Azmin berkata ia dilihat sebagai satu bentuk tekanan, gangguan dan ancam terhadap pimpinan politik yang berusaha untuk mengembalikan demokrasi rakyat.
Beliau berkata, tekanan daripada pihak berkuasa itu menyebabkan beliau yang juga menteri besar Selangor itu berikrar untuk tidak bertolak ansur dan nekad meneruskan perjuangan.
“Kini saya lebih berazam untuk berjuang kepada rakyat dan saya tidak akan bertolak ansur.
“Apa yang berlaku (Bersih 4) mengikut Perlembagaan dan ia untuk kembalikan demokrasi dan hak rakyat,” katanya yang hadir di balai polis memakai T shirt kolar warna kuning lembut, berseluar kelabu dan hanya berselipar.
KDN mengeluarkan arahan mengharamkan pemakaian T shit Bersih ketika perhimpunan tersebut berlangsung pada hujung bulan lepas.
Bagaimanapun, KDN mengambil pendekatan berbeza ketika perhimpunan ‘baju merah’ pada Rabu lalu, apabila tidak mengharamkan pemakaian atau penjualan T shirt itu.