Realiti perlu diambil kira walaupun tidak bersetuju dengan parti politik yang ditubuhkan atas kapasiti perkauman, kata peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
“Siapa mampu bersaing dengan Umno? Saya faham buat masa sekarang, secara praktikalnya ini yang kita perlukan (parti Bersatu).
“Bersatu ada agenda reformasi. Itu yang penting,” tegasnya dalam forum ‘Parti Baru = Harapan Baru?’ di pejabat Malaysiakini malam tadi.
Mengulas tentang sejauhmana kukuhnya Pakatan Harapan, beliau menyifatkan hasrat tersebut dapat dicapai jika beberapa perkara diselesaikan terlebih dahulu.
“Kalau PRU (Pilihan Raya Umum) tahun depan, adakah mereka (Pakatan Harapan) sudah sedia dan adakah pihak pembangkang sedia ambil alih sebagai kerajaan,” ujar bekas Presiden Majlis Peguam itu lagi.
Turut menjadi panelis dalam forum selama dua jam itu ialah Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin; peguam Datuk S Ambiga dan aktivis Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ambiga dan Faiz Fadzil pada Forum bertajuk ‘Parti Baru = Harapan Baru?’ malam tadi. Ambiga dan Faiz Fadzil pada Forum bertajuk ‘Parti Baru = Harapan Baru?’ malam tadi.
Sementara itu Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil, rakyat perlu diberi penekanan hanya ada satu ‘coalation’ untuk menentang rejim BN.
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
“Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno,” ujarnya dalam terebut.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
“Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
“Oleh itu, Pakatan Harapan perlu menyusun strategi untuk berdepan dengan pertembungan itu,” ujarnya.
Beliau menyifatkan Amanah menyambung kesinambungan Pakatan Rakyat yang terkubur.
“Kita tidak boleh nafikan Pas yang menamatkan riwayat Pakatan Rakyat dalam muktamar pada 2015 manakala tahun ini muktamar muslimat pula memutuskan hubungan dengan PKR,” jelasnya.
Faiz yang juga peguam itu menyifatkan apa sahaja penubuhan parti baharu atas dasar reformasi amat dialu-alukan.
“Bekas-bekas kerajaan dalam Bersatu lebih tahu kepincangan yang berlaku dalam kerajaan,” ujarnya lagi.Malaysia dateline