Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan pagi ini.
Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.
“Umno bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004… ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 Sep 2016,” tulis Datuk Baharom pada sataus facebooknya.
Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri najib Razak sekarang.
“Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya.
Sementara itu, Tosrin mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.
“Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu,” kata Tosrin.