[Milo Suam]
Orang ramai menyifatkan Najib Razak berbohong kerana sebelum ini beliau mengatakan tanah yang dijual kepada orang asing di Forest City hanyalah atas pajakan 99 tahun sahaja (leasehold).
Namun sebilangan penyokong Najib ada yang mendakwa papan iklan itu hanya fitnah yang direka-reka oleh penyokong pembangkang dan Tun Mahathir.
Oleh itu aku cuba buat sedikit carian, tentang Forest City. Hasil carian aku dapati laman web pemasaran Forest City mengesahkan bahawa status hartanah yang dibeli di Forest City adalah “freehold property” (hartanah milik kekal).
Maknanya, mana-mana warga asing yang membeli hartanah di Forest City, akan menjadi pemilik kekal hartanah itu dan menurut laman web tersebut, segala haknya sebagai pemilik hartanah, dilindungi undang-undang commonwealth.
Isu pembangunan di Forest City, Johor menjadi buah mulut sejak akhir-akhir ini kerana ia didakwa akan menjejaskan kedaulatan negara.
Harga rumah yang dijual di situ terlalu mahal, didakwa bermula dari harga RM1,000,000 dan ke atas, menunjukkan sasaran pembeli bukanlah rakyat tempatan.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sebelum ini mendakwa lebih 700,000 warga asing dari China akan ditempatkan di Forest City, dan diberi kad pengenalan sekaligus membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya.
Orang ramai yang pernah berkunjung di Forest City turut menimbulkan beberapa isu antaranya penggunaan matawang Yuan oleh peniaga di Forest City, dan papan tanda “jangan pijak rumput” yang ditulis dalam tulisan cina.
Tun Mahathir turut mendakwa, pembangunan rumah-rumah yang sangat mahal di Forest City hanya akan mewujudkan satu komuniti masyarakat asing yang berbeza budaya, cara hidup dan pandangan politik mereka.
Ini akan menyukarkan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal mereka. Beliau turut menyamakan Forest City dengan Singapura, satu kawasan yang satu masa dimiliki oleh Malaysia, akhirnya terpaksa dilepaskan kerana kerajaan tidak mampu mengawal masyarakat yang tinggal di situ.