Pas rujuk semula Umno
Pas maafkan Umno
Dulu kala Umno dikafirkan
Kerana politik suku agama suku
Haram makan sembelihan orang Umno
Jangan hadiri kenduri orang Umno
Kubur berasingan
Jangan kahwinkan anak guna jurunikah Umno
Jadi ahli Umno seolah sebelah kaki berada dalam neraka
Solat berjemaah jangan sesekali berimamkan Umno
Lawan Umno adalah jihad dan syahid
Kerana Umno kekalkan undang-undang penjajah
Kerana Umno amalkan politik suku agama suku
Kerana Umno makan riba
Kerana Umno baham projek
Kerana Umno bunuh ahli Pas di Memali
Segala-galanya kerana Umno tak mahu laksanakan hukum Islam.
R Ismail
2017
(Visited 682 times, 1 visits today)