Kini telah bersatu bersama-sama dengan Pas ahli-ahli yang digantung dipecat dan yang kalah dalam pemilihan seperti
Dr Hassan Ali, Mokhtar Senik, Nasharuddin Mat Isa.
Pro Unity Goverment (UG) pula seperti Nasarudin Hasan Tantawi, Nik Mohd Abduh, Nik Mohd Amar, Dr Mohd Zuhdi, Dr Fadhli Ghani, Zainuddin Ayam , Azli Musa Taliban dan lain-lain.
Manakala Pas yang asal dan 100% tolak Umno ialah Iskandar Samad, Idris Ahmad, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Fakharudin,
Aminuddin, Syed Azman dan sebagainya. Mereka kini semakin terpinggir suara dalam memutuskan hala tuju Pas yang semakin rapat dengan Umno.
Pas tak bermaya
Akibat dasar perjuangan yang semakin bercelaru, Pas Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah sudah tak bermaya kerana ahli-ahli hilang kepercayaan tentang dasar-dasar baharu
Pas Wilayah Persekutuan hancur. Pas Selangor pening mabuk dan sangat lemah. Pas Terengganu pula pro UG juga Pas Kelantan
Manakala Pas Pahang lembik, Pas Kedah akan diganti oleh Amanah sepenuhnya sedikit masa lagi
Pemipin pro UG
Setiausaha Agung Pas pro UG dan senag dengan kerjasama dengan Umno. Ketua Dewan Ulama Prof Mahfouz dan Ketua Pemuda pro UG
Termasuklah Ketua Muslimat. Mereka melihat Umno pilihan terbaik bertahaluf siyasi banding dengan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu
Oleh itu, Pas telah hilang keaslian perjuangannya. Pas juga telah dimalukan dengan tertubuhnya Amanah. Satu tamparan kepada Pas apabila Amanah hidup subur dan tidak seperti ramalan Pas bertahan hanya 2 atau 3 bulan sahaja.