Indeks harga kepenggunaan (CPI – Consumer Price Index) yang merupakan petunjuk inflasi meningkat 118.2 untuk bulan Januari tahun ini, naik sebanyak 3.2% berbanding bulan Januari 2016, iaitu 114.5%.
Di antara sektor-sektor yang menunjukkan kenaikkan harga ialah pengangkutan (8.3%), makanan dan minuman bukan-beralkohol (4.0%), kesihatan (2.5%), restoran dan hotel (2.1%), pendidikan (2.0%) dan air, elektrik, gas dan bahanapi (1.9%).
Mengulas laporan tersebut, Albert Kwok, seorang penganalis politik berkata, peningkatan tersebut merupakan bukti jelas kos sara hidup telah meningkat biar pun kerajaan menawarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
“Tidak guna kalau BR1M dinaikkan kepada RM1,200 tetapi kos sara hidup turut naik dengan tinggi,” katanya kepada Suara pakatan daily
Sehubungan itu, Albert menggesa kerajaan menurunkan harga minyak RON95 kepada sekurang-kurangnya RM1.80 seliter sebab kenaikan harga minyak telah menyebabkan semua harga barang naik
Beliau juga berpendapat bahawa golongan yang miskin dan yang berpendapatan rendah adalah yang paling terkesan.
“Kadar faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 5.7% yang diumumkan minggu lalu tidak cukup untuk menampung kos sara hidup setelah golongan ini bersara.
“Ini adalah kerana peratus kenaikkan kos sara hidup melambung setiap tahun walhal faedah KWSP sudah pun turun daripada 6.4% tahun lalu kepada 5.7% tahun ini,” katanya.
Menurut beliau lagi, dengan penguncupan ekonomi negara akibat penurunan nilai ringgit maka lebih ramai orang dijangka akan menganggur pada tahun ini. Oleh itu, kesan kenaikan harga akan lebih dirasakan apabila salah seorang penanggung keluarga akan kehilangan pekerjaan.
“Saya menggesa kerajaan pusat agar tidak lupa masalah kos sara hidup dan masalah harga barang meningkat kerana kegiatan jenayah pun semakin kerap akibat rakyat yang sedang dihimpit masalah kewangan,” tambah Albert