Ditelan pahit tapi nak diluah terasa sayang.
Itulah fenomena Pas yang sibuk untuk berpisah dengan PKR. Terutama di Selangor yang mana Pas menikmati jawatan-jawatan penting kerajaan negeri sama ada exco mahu pun GLC.
Dalam hal ini cyber trooper Pas lebih sudu dari kuah. Memang ingin memanjangkan isu-isu dengan PKR dan cuba melaga-lagakan isu remeh temeh demi bangkitkan semangat ahli-ahli yang mudah diadu-domba itu.
Jika hendak dikira terlalu banyak pihak terlanjur cakap dalam sidang media sehingga ahli-ahli Pakatan Rakyat dalam tempoh dahulu jadi haru biru dan pening kerana politik pemimpin mereka.
Keluar atau tidak keluar
Jika ikuti kenyataan pemimpin yang berintergriti selama ini maka sudah barang tentu Pas telah keluar dengan terhormat daripada kerajaan Selangor.
Penubuhan Pakatan Harapan yang mana Pas tidak menganggotainya sudah cukup untuk membuat parti itu menarik diri daripada terus berada dalam kerajaan.
Tetapi Pas masih duduk dikerusi exco dan lain-lain hingga sekarang. Pas terpaksa mengungkit-ungkit sokongan mereka kepada Azmin Ali untuk jawatan MB Selangor kerana itu mereka boleh kekal sebagai exco di sisi MB.
Dalam hal ini jika Pas sudah jelak dengan PKR dan Kawasan-kawasan Pas sudah sibuk mabhu putuskan hubungan maka segeralah berundur demi maruah parti yang kononnya mendapat sokongan lebih hebat tanpa berytahaluf siyasi dengan PKR untuk PRU akan datang.
Pas tak sangka Amanah hebat
Satu perkara yang tidak dijangka oleh Pas adalah kekuatan Amanah yang terus hebat sejak dua tahun lalu
Perjuangan Islam yang di monopoli oleh Pas dengan itu telah ada penggantinya. Pas sedang kepanasan kerana mereka anggarkan parti serpihannya itu hanya akan dapat bertahan selama 3 bulan sahaja.
Tetapi hakikatnya kini dengan berpecahnya PR dan terbentuk PH serta disertai pula oleh Bersatu yang memecahkan Umno maka PH lebih hebat dan sedang diterima rakyat.
Jadi, bagi pemimpin muda Pas yang sibuk menyerang PH dinasihatkan usahlah sibuk jadi pahlawan yang berkeriskan plastik dan termakan dedak-dedak yang sedang bertaburan.
PRU 14 mungkin Umno akan musnah dan Pas akan kehilangan momentum.
Najib enggan bentang RUU 355
Pas terduduk dan bingung sekejap bila mana muslihat Umno yang pemimpin Amanah warning sejak masih dalam Pas dulu kini menjadi kenyataan
Najib selamba berkata akan mengikut keputusan konsensus BN untuk tidak membentangkan RUU 355. Mengikut peraturan Dewan Rakyat 49 RUU persendirian perlu diambil alih oleh kerajaan persekutuan dalam bacaan kedua untuk ia menjadi akta yang akan dikuatkuasakan.
Jika tidak, maka RUU persendirian yang dibentang dan dibahaskan itu tidak akan menjadi akta yang dilaksanakan kerajaan.
Maka selepas Najib berkata beliau tidak akan mengambilalih RUU itu maka pembentangan dan perbahasan oleh ahli parlimen Marang Hj Hadi Awang selepas ini hanyalah perbahasan biasa parlimen sahaja dan tidak akan digunapakai oleh kerajaan BN