Guna logo MCA mahupun BN pada PRK Balakong rakyat tetap bosan, kata Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Soon Lip Chee.
Beliau berkata, strategi pembangkang itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.
“Kita tak ada masalah kalau ada mana-mana parti nak bertanding, biar rakyat menilai.
“Saya rasa rakyat pun sudah bijak buat pilihan parti mana yang mereka mahu mewakili mereka.
“Terpulang mereka nak guna logo apa sekalipun, rakyat boleh buat pilihan yang terbaik,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Menurutnya, walaupun pendekatan itu dilihat mampu menarik sebilangan undi, namun ia lebih kepada sokongan ahli parti itu sahaja.
“Apa yang lebih penting adalah hala tuju dan prinsip perjuangan parti. Sama ada dalam gabungan ataupun sendirian.
“Menang atau tidak itu bergantung kepada sokongan rakyat pada pilihan raya,” katanya.
Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk kekalkan kemenangan pada PRK Balakong nanti.