Cek mencecah lebih RM30.8 juta dikeluarkan SRC International menerusi akaun AmBank antara Disember 2014 hingga Mac 2015.
Pegawai pemprosesan cek AmBank Badrul Hisham Mohd berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Badrul, 17 cek itu dikeluarkan empat akaun, termasuk dua akaun syarikat.
Penerimanya termasuklah firma guaman milik peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun, yang didakwa Februari lalu kerana pengubahan wang haram mencecah RM15 juta.
Cek juga dikeluarkan kepada Jawatankuasa Bahagian Perhubungan Umno Pulau Pinang, Umno Johor Bharu dan parti komponen Barisan Nasional di Sabah, Upko.
Beliau juga mengesahkan 15 cek tersebut berasal daripada akaun AmBank dan AmBank Islamic milik Najib Razak.
14 cek dikeluarkan akaun AmBank Islamic bernombor 202 201 1906, manakala satu lagi akaun bernombor 202 201 1898 pula mengeluarkan satu cek. Kedua-duanya milik Najib.
Jumlah cek berasal dari akaun Najib berjumlah RM10.7 juta.
Cek yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti, adalah seperti berikut:
- RM240,000 kepada Vital Spire, bertarikh 30 Januari 2015.
- RM2.5 juta kepada Zulqarnain and Co (2 Februari 2015)
- RM300,000 kepada Centre for Strategic Engagement (8 Februari 2015)
- RM238,914 kepada Lim Soon Peng (12 Februari 2015)
Pegawai pemprosesan cek AmBank Badrul Hisham Mohd berkata ia dikeluarkan antara Disember 2014 hingga Mac 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 April, 2019.
Pegawai pemprosesan cek AmBank Badrul Hisham Mohd berkata ia dikeluarkan antara Disember 2014 hingga Mac 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 April, 2019.
- RM100,000 kepada ABS Trend Master (12 Februari 2015)
- RM1 juta kepada Upko, parti politik di Sabah(13 Februari 2015)
- RM400,000 kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak (12 Februari 2015)
- RM1 juta kepada Solar Shine (17 Februari 2015)
- RM50,000 kepada Asmadi Abu Talip (12 Februari 2015)
- RM13,800 kepada Manisah Othman (12 Februari 2015)
- RM56,500 kepada Moz Malaysia (24 Februari 2015)
- RM1 juta kepada Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (26 Februari 2015).
- RM77,300 kepada Syadilah Enterprise (24 Februari 2015)
- RM300,000 kepada Umno Johor Johor Umno (26 Februari 2015)
- RM3.5 juta kepada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dikeluarkan daripada akaun bernombor 202 201 1898 (21 Januari 2015)
- RM20 juta kepada Ihsan Perdana, dikeluarkan akaun syarikat SRC International bernombor 202 200 9736 (12 Disember 2014)
- RM103,361.17 kepada Ishan Perdana, dikeluarkan akaun syarikat SRC International bernombor 021 160 0100 (9 Mac 2015)
Jumlah keseluruhan 17 cek tersebut adalah RM30,879,875.17. – TMI