Via WhatsApps
Berita 1.
“Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu. Mungkin selepas ini saya akan membacanya,” kata presiden PAS.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang anggota unit amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan membakar kenderaan milik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Berita 2.
‘Hadi tahu banyak maklumat seolah-olah perdana menteri’
Ahli dan penyokong PAS dinasihat agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti, kata naib presidenya, Mohd Amar Nik Abdullah.
Kata beliau, Abdul Hadi adalah seorang pemimpin berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang-kala tidak terfikir orang orang lain.