Kepada kawan-kawan yang belum faham, jawatan Ketua Setia Usaha (KSU) bukan lantikan politik, itu adalah lantikan kerajaan melalui JPA… Ia adalah jawatan yang tinggi… Biasanya jawatan tertinggi dalam sesuatu kementerian ialah Ketua Pengarah (KP), KSU lebih tinggi dari KP…
Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah datang dari KSU… KSU pula datang dari PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)… PTD ialah anak emas kerajaan…
Nak masuk PTD bukannya senang. Mula-mula kena ambik exam. Ada kawan saya ambik exam PTD sampai 7 kali, semuanya gagal… Saya pernah ambik exam PTD. Tahun saya menduduki exam PTD tu, calon-calonnya adalah seramai 33,000 orang lebih… Yang lulus cuma 2,900 orang sahaja… Termasuk saya… Ya, saya ambik sekali saja, terus lulus… Terkejut kawan-kawan saya yang ambik lima enam kali sorang tapi tak pernah lulus.
Exam satu hari sahaja, tapi ada banyak paper… English, Matematik, Bahasa Malaysia, IQ test, dan siasah.
Selepas lulus, kena pergi ujian selama seminggu kat Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) di Kemaman… Ada ujian bertulis, ada sesi debat Melayu dan English, ada public speaking, ada perbahasan parlimen, ada ujian jasmani kena berlari 5 kilometer, dan lain-lain bahkan kami dinilai selama 24 jam sehari semalam…
Cara berjalan nak pergi makan, pakaian, melangkah nak ke surau untuk solat pun, semuanya diperhatikan dan dinilai… Katanya setiap saat kena ikut protokol PTD, berjalan gaya PTD, bergurau cara PTD, berpakaian cara PTD, makan cara PTD…
Kalau dah lulus penilaian tu, baru dipanggil untuk temuduga… Dari 2,000 orang yang datang penilaian, biasanya yang dapat panggilan temuduga tak sampai 100 orang… Saya termasuk di antara yang gagal… Selesai, tahun depan tak minta dah… Cukuplah sekali… Dapatlah merasa pengalaman…
Tahulah saya bahawa bukan senang nak masuk PTD… Saya lulus exam dengan sekali ambik tu dah kira hebat dah… Macam yang saya kata, ramai pemegang degree yang ambik berkali-kali exam PTD yang pertama itu pun tak pernah lulus…
Ada yang mudah je tulis, kenapa tak tukar KSU… Kenapa duk bela lagi KSU dalam kementerian… Menteri lembab, kena main dengan KSU… Tidak semudah itu lah sayang… Dari segi akademik dan pengalaman, KSU lebih terer dari Menteri… Itu satu…
Kedua, pecat KSU bukan kuasa Menteri… Mereka masuk kerja dalam sektor awam dari awal pun bukan melalui lantikan politik… Ketiga, kita tidak tahu apa yang berlaku dalam kementerian, mudahlah memperlekehkan Menteri kononnya tunduk kepada KSU…
Kita tak tahu. Yang kita tahu cuma mengutuk, mengutuk, dan mengutuk… Bukanlah satu benda yang mudah nak tukar atau pecat KSU… Ada prosesnya, ada tatacaranya, bukan boleh pecat macam tu saja… Eh, nak pecat Pengerusi masjid pun kena tunggu mesyuarat agung…