Via WhatsApp
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Mokhtar Senik wajar mengetuai solat hajat perdana untuk mempertahankan Najib daripada ‘fitnah’ terbaharu mendakwa bekas PM itu mengarahkan pembunuhan Altantuya Shariibuu.
ADUN Tanjung Lumpur Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang bersama Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang jugak anak Pahang seharusnya mengarahkan seluruh jentera Pas Pahang untuk bersama-sama pertahankan Najib yang sedang difitnah.
Jika benar kerjasama erat berlaku dalam Muafakat Nasional, inilah masanya untuk Pas tunjukan kesetiaan mereka. Lagi pun Umno telah mengubah dasarnya kepada dasar Islam seperti mana dituntut oleh Pas.
Kenyataan berani yang terkini oleh ‘pembunuh kejam Altantuya’ Azilah Hadri amat mengejutkan semua pihak terutama Umno BN dan mereka yang pro kerajaan BN.
Akan tetapi bagi pendokong Pakatan Harapan ianya bukanlah baharu kerana mereka telahpun beberapa kali menggunakan isu Altantuya sebagai kempen politik mengaitkan Najib.
Inilah Takdir Allah bagi sesiapa sahaja yang beriman.