Kerana PAS Pusat dilihat gagal menangani krisis dalam parti maka kini PAS sedang bergelut untuk membuat beberapa penafian dan pengumuman terhadap isu terkini iaitu kes seorang pemimpinnya yang diberikan jawatan exco negeri dan bekas pimpinan negeri telah cuba membawa satu pengertian baru iaitu perjuangan Islam tulen dan lebih tulen daripada perjuangan yang dibawa oleh PAS.
Selepas beliau seorang lagi bekas pimpinan ke 2 PAS pun diinterview oleh TV3 pun menyatakan perkara yang sama rela tidak dicalonkan atau digugurkan pada pRU 13 nanti. Beliau juga menamakan perjuangan Islam tulen boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Nampaknya senada seia dan sekata mereka-mereka yang terlibat berunding dengan Umno ketika era tsunami Mac 2008 lalu.
Semoga PAS keseluruhannya berjaya mengawal krisis dalaman kali ini. Walaupun PAS pernah mengalaminya ketika zaman Dato Asri Muda, Abu Bakar Hamzah, Abdul Wahab Yunus, Sudin Wahab, Nakhaei Ahmad, Suhaimi Said dan ramai lagi orang yang ternama dalam pimpinan PAS namun akhirnya PAS berjaya menguruskan krisis mereka.
Sesungguhnya diyakini perjuangan PAS ialah kesinambungan perjuangan para Rasul dan Anbia iaitu menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Biarlah pemimpin tersohor mana sekalipun dan sehebat mana sekalipun ilmunya jika mereka memilih selain perjuangan ini maka mereka tetap berada diluar jamaah Islam.
Mungkin selepas ini Ketua Dewan Ulamak PAS perlu membentangkan semula kertas kerjanya berkaitan dengan jamaah Islam dan jamaah thaghut.