Oleh : Alhusseyn
Inna lillahi wa-inna ilaihi raji’un. Imam Abdul Majid (kiri) telah kembali ke rahmatullah jam 5.00 subuh tadi kerana sakit tua. Allahyarham lahir pada pada tahun 1923. Tanggal 28 Disember, maka genaplah umurnya 88 tahun.
Allahyarham merupakan pejuang kemerdekaan negara dan terpaksa merengkok dalam tahanan di penjara Batu Gajah untuk tempoh beberapa tahun.Saya akan menulis tentangnya nanti, insya’ Allah.
Allahyarham bersama Subky Latiff sewaktu
dirumah seorang sahabat di Ipoh
Jenazahnya sedang diuruskan untuk pengebumian di perkuburan Sengat.Sembahyang jenazah akan di adakan di masjid Sengat jam 11.00 am sebentar nanti. Alfatihah.
Perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat akan sentiasa diingati oleh semua pejuang yang sentiasa istiqamah.