Meskipun diperlecehkan oleh bekas PM kononnya beliau boleh memberi kuota haji yang lebih tinggi namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa konsisten dengan pencapaian kuota haji yang lebih banyak pada tiap-tiap tahun sejak 2018
Pada tahun ini kuota haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ialah 31,600 orang berbanding 30,200 jemaah pada tahun lepas.
Jelasnya, penambahan itu dicapai hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerajaan Arab Saudi seiring dengan peningkatan populasi penduduk negara ini.
“Kita diberikan kuota 30,200 jemaah berpandukan 0.01 peratus penduduk yang diambil populasi kita yang tidak dikemas kini (iaitu populasi 30 juta) tetapi mengikut versi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2017, penduduk Malaysia telah meningkat iaitu 31,600,000.
“… kerana keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang menyatakan setiap negara dapat (kuota haji) 0.01 peratus daripada populasi penduduknya maka kita memaklumkan peningkatan mengikut statistik (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) terbaharu itu,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di tanah dari dari Riyadh.
Mujahid sebelumnya berada tiga hari di Arab Saudi sejak Ahad, mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Mohammad Saleh bin Taher Benten di Makkah.
Beberapa isu termasuk hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H diperbincangkan. – RF8 Media