Kredit: Pidomat
Hari ni harga minyak WTI jatuh sampai negative -37 US dollar
Ya, harga ni untuk pasaran hadapan bulan Mei.
Harga Jun masih hovering dalam linkungan 20 US dollar, sama itu pun untuk pasaran hadapan. Orang kata rileks la, harga Jun ok je.
Tak ok sebenarnya.
Kita boleh bawa keluar 100 jargon teknikal pasal harga minyak untuk bagi penerangan pasal pengetahuan tinggi yang kononnya kau je tahu orang lain tak tahu. Bila harga WTI went negative orang cakap rileks, ok je sebab 2/3 dunia (termasuk Malaysia) pakai benchmark Brent price, harga Brent ok lagi dalam 25 US dollar.
Brent 25 US dollar? Memang tak ok juga la ceritanya.
Di dunia ni, ada beberapa negara je yang produce minyak dengan kos murah bawah 20 US dollar;
Indonesia 19.7
Russia 19.2
Iraq 10.57
Iran 9.08
Saudi 8.98
Negara lain semua kos atas 20 US dollar per barrel. Tak kisah lah apa nama kau nak bagi, hakikatnya itu lah harga kos pengeluaran mereka.
Kos mahal, nak kena jual murah, macam mana nak sustain?
Bayangkan negara negara yang kos pengeluaran lebih 25 US dollar dan budgeting dia bergantung pada harga minyak, tak ke problematic jadinya.
Contoh Malaysia, prepare budget dengan anggaran harga minyak 60 US dollar setong, tapi sekarang harga pasaran cuma 25 US dollar setong. Hahh macam mana?
Memang tak ok lah.
Rakyat kebanyakan memang syok dengar harga minyak jatuh ni. Sebab dalam fikiran kita minyak mentah jatuh, runcit petrol pun kena jatuh. Sekali fikir betul lah syok.
Tapi dua kali fikir, dia jadi masalah.
Sejak tahun 1974 sampai sekarang, Petronas dah bayar cukai hasil minyak kepada kerajaan hampir 1 trillion!
1,000,000,000,000
Sebab harga minyak di pasaran dunia tinggi dan sedap. Petronas untung, Malaysia pun untung.
Dengan duit tu lah kita dapat menikmati apa yang ada hari ni.
Tapi sekarang bg tau, katakan kos production setong kita US 30 dollar, harga pasaran pula 25 US dollar, macam mana Petronas nak bagi duit pada kerajaan puluh puluh billion setiap tahun macam selalu?
Ini aku biarkan kita fikir betapa harga pasaran minyak dunia sangat significant dengan kesihatan ekonomi Malaysia.
Berbalik kepada cakap cakap yang kata WTI ni cuma di Amerika, yang lain ok tak payah risau sangat, mari sini kita tengok senario sekarang di negara kita sendiri.
RON95 sebagai contoh;
29 Feb – 06 Mar 2020
= RM 2.06/liter
11 Apr – 17 Apr 2020
= RM 1.25/liter
Dalam masa 35-40 hari, harga retail petrol di pasaran turun sebanyak 39.2%.
Kenapa deflated?
Mudah faham macam ni;
Stok minyak masuk satu tangki penuh dalam storage underground di stesen Petronas pada mid-March. PKP start lepas tu sampai sekarang. Kereta lori bas motor apa semua literally tak jalan. Bila tak jalan, tak consume petrol, bila tak consume petrol minyak yang isi dalam tangki tu tak luak lah.
Tak ada pembeli.
Bila dah tak ada pembeli, kerajaan turunkan harga untuk encourage belian, takde beli juga, turun lagi, takde juga, turun lagi sampai lah hari ni harga petrol RON95 dah turun 39% dalam sela masa 35-40 hari.
Kemudian bayangkan di loji Penapisan Minyak di Terengganu dan Melaka tetap hasilkan minyak macam biasa. Jadi minyak ni nak hantar sumbat ke mana? Stesen minyak cakap;
“Bang, minyak yang kami beli bulan lepas pun tak luak lagi, kalau ambil setangki lagi ni kami nak simpan di mana?”
Ini aku bagi situasi yang kita nampak depan mata.
Situasi yang tak nampak depan mata?
Yang tu lah sedang terjadi bila dunia tak cukup storage nak simpan minyak yang melimpah – sebab tak ada buyer, tak ada consumer. Kilang tutup, kapal terbang grounded, kenderaan daratan pula lockdown hampir di seluruh dunia.
Hari ni, ada jutaan barrel minyak orang terpaksa simpan dalam floaters tengah laut. Sebab di darat dah tak cukup tangki nak simpan.
Ada orang tanya, stop la production minyak, kan senang.
Ya, ikut lojiknya macam tu lah.
Tapi secara operasi industri tak semudah tu. Shut down telaga minyak ni kos dia sangat mahal dan bukan setakat mahal, risiko terlalu tinggi sampai boleh rosakkan telaga minyak tu sendiri. In summary, option shut down telaga minyak hampir mustahil sebab telaga minyak bukannya satu malah beribu.
Apa yang pengeluar boleh buat? Kurangkan production.
Ni yang OPEC bertelagah dengan Amerika baru ni. Harga dah jatuh tapi masing-masing buat keras kepala tak nak cut production. Tapi tengok lah dah cut production pun harga tetap turun!
Sebab?
Analogi sama macam perenggan atas stesen Petronas tadi.
Turun harga minyak dunia sampai negative pun, kalau orang tak beli apa gunanya?
Dia dah bukan soal harga, dia dah masuk soal orang nak ke tidak?
Hari ni WTI, apa jaminan kita Brent tak mungkin ikut?
Kalau bottom line memang minyak tak ada demand, tak mustahil Brent even Tapis crude pun boleh tersungkur.
Ni benda asas, supply vs demand, bukan benda rumit pun kita nak faham.
Amerika dah tunjuk contoh betapa hal yang tak pernah terfikir boleh berlaku, dah pun berlaku semalam.
Amerika ni dah la tengah disaster dengan Covid-19, kena hit pula lagi hal minyak. Which benda ni sama je dengan negara pengeluar lain, depa pun tengah struggle dengan Covid-19, sooner or later – mungkin datang fasa yang sama.
Aku ambil kata-kata pendek seorang journalist The Economist yang memberi makna besar;
“Telaga-telaga minyak di Saudi sedang membeku…”
Menunjukkan kepada kita betapa gergasi pengeluar minyak dunia macam Saudi pun boleh tersandar ke dinding bila kuasa pengguna mengambil alih peranan pasaran.
Kita dah lalui macam-macam kejutan sepanjang sebulan ni. Entah apa lah lagi kejutan yang nak muncul di hari-hari mendatang, hanya Tuhan saja Maha Mengetahui.
Bekas Pegawai Petronas
Malaysian Int Trading Corp
Petronas Carigali Sdn Bhd