10 Januari 2012 – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang diwakili oleh Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia telah membuat serahan notis rasmi tuntutan gantirugi kepada Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Ariffin berikutan melemparkan dakwaan mengaitkan Unit Amal PAS dengan demotrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak di ambang tahun baru.
Serahan diketuai Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda PAS Perak, Mohammed Zamri Ibrahim dan turut mengiringi bersama adalah Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Exco Pemuda PAS Perak, Mohd Hakimi Syah Alani; Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Arif Sha’arani. Selain itu, beberapa orang Anggota Amal Perak turut hadir serta menyatakan sokongan di atas serahan notis tersebut. Pegawai Komunikasi Media Pemuda Umno Perak, Syed Afzarizal Syed Salim telah menerima notis tuntutan tersebut.
Pemuda PAS Perak akan menunggu tempoh yang telah dinyatakan bagi tujuan tuntutan gantirugi tersebut dan akan terus mengambil tindakan susulan mengikut lunas Undang-Undang jika Pemuda Umno Perak dan Annuar masih gagal menjelaskan gantirugi yang telah dikemukakan.
pas perak
(Visited 123 times, 1 visits today)